nice

Rabu, 23 Februari 2011

Shooting Animasi Saladin....BEST!!


Pada bulan 9 tahun lepas(kalau tak silap aku la), aku dan juga sahabat-sahabat seGAYONG aku ada pergi ke audition untuk shooting animasi,SALADIN tajuknya. Alhamdulilllah,kami dapat projek tu, tapi malangnya aku tak dapat bagi komitmen atas sebab-sebab tertentu(alasan je tu...). Memang kalau diikutkan,aku rasa rugi sangat-sangat sebab memang sudah lama peluang macam ni yang aku nanti-nantikan. Masa tu la aku boleh gunakan kemahiran aku dalam silat untuk projek tu secara maksimum.

Masa berlalu dan pada 10hb Feb 2011, salah seorang sahabat aku, Wan dari gelanggang beladiri Taman Nirwana, buzz aku kat FB. 

wan: Salam wafi...pkaba?guna no tel baru ke?
wafi: w'salam bro..aku alhamdulilllah sihat...ha'ah la,aku dah tukar no,sory x bgtau ko..ko pkaba?
wan: aku sihat jek..19&20 ni ko free x?
wafi: 19&20?bln Feb ni ke?aku x sure arr..nape eh? (b'debar-debar gak sebenarnya)
wan: camni..19&20 ni ade shooting animasi Saladin utk last episod..so aku ingt nak ajak ko skali...
wafi: haa,best tu..ni part last eh?emm,tp aku xtau lg arr,kene check schedule aku dulu,nnti aku bg jwpn esok,bole?(sebenarnya memang nak cakap ok je tapi takut clash dgn kerja lak kan)
wan: xde lah bro..nanti ko bgtau aku awal k..
wafi: ok bro,tq eh..ni no aku,012-242 09XX..miss call aku k..esok inysaAllah aku bg jwpn k..
wan: dan call da..orait bro,salam..
wafi :w'salam...(tak sabar tunggu esok...)

Esoknya wan SMS aku...

wan: salam bro..amacam dgn shooting tu?
wafi: w'salam bro..ok,aku da check da schedule aku, ok..comfrm aku join k:) cume aku nak tau,die byr brape eh?
wan: haaa,lege aku..senang keje aku:) deorng byr rm200 sehari..
wafi: wah,byk gak eh(kalau 2 hari dapat rm400,wahhh..)..
wan: so ko tau tmptnye?
wafi: aku tau,kalo lupe pun aku check kat tenet jek..thankz bro,c u then:)
wan: ok bro,salam..
wafi: w'salam..

Petang tu juga,aku terus buat latihan silat sendiri dan juga jog. Almaklumlah, semenjak sudah kahwin ni, jarang sangat aku bersenam. Jadi stamina pun sudah makin kurang. Pulak tu stadio kat sana berhawa dingin. Memang cepat semputlah gayanya. 

Tanggal 19hb Feb 2011, maka bermulalah sesi shooting animasi SALADIN tu, bertempat di studio Young Jump Animation. Lokasinya di Taman Shamelin Perkasa,Cheras. Aku bukan keseorangan, tapi di temani isteri aku a.k.a PA aku,hehe..

Aku yakin dengan latihan yang aku sudah buat, insyaAllah aku boleh buat. tapi yang kurang menariknya, aku kene baju ketat, tight overall...hahaha, macam tak sanggup je. Sampai isteri aku pun macam tak berapa setuju bila aku kene pakai baju ketat tu...

Dah rasa macam Power rangers lak :P

Haaa,nampak tak ada pantulan cahaya warna putih bulat-bulat kat baju ketat aku tu?tu la "marking" yang mana sistem dalam komputer tu akan kesan, jadi dalam komputer tu tak nampak dah figura badan aku dah,cuma nampak titik-titik je, macam orang lidi :)

Bergaya dengan baju ketat,haha..

Tambah kapsyen
Masa untuk beraksi...

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak kongsikan gambar-gambar semasa kat studio tu tapi hakikatnya tak boleh sebab boleh melanggar kontrak. Jadi nilah sebahagian daripada pengalaman dan kenangan yang aku dapat semasa sesi pengambaran Animasi Saladin tu.

Keluarga besar Saladin

Terima kasih tak terhingga kepada cikgu Jazwan atas peluang yang jarang-jarang aku dapat buat. Team Young Jump pun "cool" dan terbaik:)

p/s: paling aku tak kan lupa jasa isteri aku seorang ni, I LOVE YOU SOOO MUCH!!:)

Selasa, 22 Februari 2011

Misi pertamaku berjaya!!

Assalamualaikum semua.


Secara jujurnya memang aku tak berapa reti nak buat blog ni. Memang dah lama dah aku nak buat tapi tak terbuat-buat lak. Tapi tahun 2011 ni aku tekad nak buat 1 blog untuk catatan peribadi aku dan aku nak kongsikan dengan sahabat-sahabat lain. 


Alhamdulillah:)


Misi pertama aku untuk "design" pengatas blog aku sendiri tercapai dengan jayanya. Tapi maklumlah aku masih di peringkat "beginner", jadi banyak yang aku nak belajar lagi. Rujukan yang aku buat pun melalui pemerhatian blog-blog lain. Tempoh yang aku gunakan untuk siapkan pengatas blog ni pun makan masa 2 hari gak la termasuk aku tengok-tengok blog lain dan belajar cara deorang buat pengatas yang menarik.


Jadi input yang aku dapat untuk buat pengatas yang paling mudah ialah:

  • Aku muatturun dulu GIMP untuk memudahkan aku "edit" gambar dan lain-lain lagi. Kalau korang dah "master" bab-bab edit mengedit gambar dan design-design ni, bolehlah ajar aku ek. Antara sebab aku muatturun benda alah tu dulu sebab aku tak ada "photoshop" ataupun perisian yang seangkatan dengannya. Boleh tahan gak la untuk "beginner" macam aku ni. 

Ini adalah gambar asal aku(amacam?ok tak?haha :P).

Haaaa,nilah hasilnya selepas aku "try and error" GIMP tu. 

  • Kalau tak berapa reti nak gunakan perisian tu,try la turorial GIMP ni.Disebabkan aku tak berapa reti nak "edit" gambar dan "design" pengatas yang ada kesan khas yang menarik, jadi aku gunakan powerpoint je. Yang menariknya, kat dalam powerpoint tu macam-macam boleh kita buat dan inilah hasilnya.

Gambar aku tu je yang guna GIMP, yang lain-lain aku "design" dan tambah-tambah sikit gune Powerpoint. Paling penting sekali, pastikan nak "SAVE" tu tukar format JPEG.

Diharapkan korang semua boleh terima cara aku buat pengatas blog ni dan sememangnya inilah cara yang paling mudah bagi aku la...hehe..kiranya ada komen atau cadangan,sila-silalah ya..sememangnya aku perlukan Sifu:)

p/s:Catatan pertama aku:)akhirnya..

Related Posts with Thumbnails