Secara jujurnya memang aku tak berapa reti nak buat blog ni. Memang dah lama dah aku nak buat tapi tak terbuat-buat lak. Tapi tahun 2011 ni aku tekad nak buat 1 blog untuk catatan peribadi aku dan aku nak kongsikan dengan sahabat-sahabat lain.
Alhamdulillah:)
Misi pertama aku untuk "design" pengatas blog aku sendiri tercapai dengan jayanya. Tapi maklumlah aku masih di peringkat "beginner", jadi banyak yang aku nak belajar lagi. Rujukan yang aku buat pun melalui pemerhatian blog-blog lain. Tempoh yang aku gunakan untuk siapkan pengatas blog ni pun makan masa 2 hari gak la termasuk aku tengok-tengok blog lain dan belajar cara deorang buat pengatas yang menarik.
Jadi input yang aku dapat untuk buat pengatas yang paling mudah ialah:
- Aku muatturun dulu GIMP untuk memudahkan aku "edit" gambar dan lain-lain lagi. Kalau korang dah "master" bab-bab edit mengedit gambar dan design-design ni, bolehlah ajar aku ek. Antara sebab aku muatturun benda alah tu dulu sebab aku tak ada "photoshop" ataupun perisian yang seangkatan dengannya. Boleh tahan gak la untuk "beginner" macam aku ni.
Ini adalah gambar asal aku(amacam?ok tak?haha :P).
Haaaa,nilah hasilnya selepas aku "try and error" GIMP tu.
- Kalau tak berapa reti nak gunakan perisian tu,try la turorial GIMP ni.Disebabkan aku tak berapa reti nak "edit" gambar dan "design" pengatas yang ada kesan khas yang menarik, jadi aku gunakan powerpoint je. Yang menariknya, kat dalam powerpoint tu macam-macam boleh kita buat dan inilah hasilnya.
Gambar aku tu je yang guna GIMP, yang lain-lain aku "design" dan tambah-tambah sikit gune Powerpoint. Paling penting sekali, pastikan nak "SAVE" tu tukar format JPEG.
Diharapkan korang semua boleh terima cara aku buat pengatas blog ni dan sememangnya inilah cara yang paling mudah bagi aku la...hehe..kiranya ada komen atau cadangan,sila-silalah ya..sememangnya aku perlukan Sifu:)
p/s:Catatan pertama aku:)akhirnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan